Thursday, May 15, 2014

Hadiah buat Pendidik!

Teks: Aina Muslih

[Promosi Tamat]

Bismillah wa alhamdulillah..

Entri istimewa untuk, pelanggan dan rakan niaga Aina Muslih Muslim e-Shoppe ^_^

Selamat Hari Guru!~

Terima kasih atas kesudian, kerelaan, dan keikhlasan mencurahkan ilmu kepada anak bangsa. Semoga Allah terus-terusan memberikan kudrat untuk menyebarkan lebih banyak ilmu. Terima kasih kerana memilih professionmu sebagai seorang pendidik.

#Perkongsian dari sahabat:

Pernah diceritakan tentang Imam Syafie  yang menghormati gurunya.

Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.

Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.

Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.

Jawab Imam Shafie,

"Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah, aku mempunyai satu masalah untuk mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.

Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang aku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu"

Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.

Selamat hari guru kepada semua!~

.....

Bersempena dengan hari menghargai warga pendidik, kami di Aina Muslih Muslim e-Shoppe ingin memberikan hadiah istimewa:

  • potongan sehingga 30% untuk semua koleksi platinum Aina Muslih (tiada had pembelian), beserta
  • kad keahlian (Kad Privilege Aina Muslih) secara percuma!

Promosi ini khas buat cikgu-cikgu dan ibu-ibu sahaja ^_^ 

Cikgu-cikgu dan ibu-ibu, cepat hubungi kami dan dapatkan hadiah anda segera. Tawaran sah sehingga 31 Mei 2014.